Thursday, January 20, 2011

Kaedah dan Teknik pengajaran

Kaedah dan Teknik pengajaran

Mengikut Kamus Dewan, Kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.

Kaedah pengajaran yang biasa digunakan di sekolah

- Kaedah Kuliah
- Kaedah Perbincangan
- Kaedah Penyoalan / Socratik
- Kaedah Inquiri penemuan / Eksperimen
- Kaedah Tunjukcara/Demonstrasi
- Kaedah Penyelesaian Masalah
- Kaedah Projek
- Kaedah Lawatan
- Kaedah Bercerita
- Kaedah Bermain
- Kaedah Kuiz
- Kaedah Lakonan
- Kaedah ProjekLatih tubi
- Kaedah Penyelesaian Masalah


DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.Kesimpulannya,Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran
1. Teknik main peranan
2. Teknik permainan
3. Teknik latih tubi
4. Teknik perbahasan
5. Teknik sumbangsaran
6. Teknik soal jawab
7. Teknik simulasi
8. Teknik drama
9. Teknik perbincangan
10. Teknik forum
11. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu

Dalam memilih Kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah bijak untuk menyesuaikan kaedah dan teknik tersebut sesuai dengan subjek dan kemahiran yang hendak disampaikan. Misalnya, kaedah pengajaran secara Inkuiri penemuan atau kaedah eksperimen lebih popular dan sesuai digunakan dalam pengajaran Sains berbanding pengajaran Bahasa.
Bagi pelajar pula, ia terbahagi kepada kaedah penyampaian secara:
i. Kaedah Individu
ii. Kaedah Berkumpulan


PENGAJARAN SECARA INDIVIDU

Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan. Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam pembelajaran mereka. Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid-murid akan menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru. Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini. Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.


PENGAJARAN SECARA KUMPULAN

Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok. Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.

4 comments:

  1. Jika ada kesempatan, saya akan membincangkan pula kesemua kaedah dan teknik pengajaran yang telah saya nyatakan itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Kaedah Penyelesaian Masalah berdasarkan Kaedah Penyoalan? bagaimana tu?

    ReplyDelete
  3. Mungkin maksud soalan ini ialah, Bagaimanakah kaedah pengajaran berdasarkan Kaedah Penyelesaian Masalah dan Kaedah Penyoalan?

    Jb. saya secara ringkas:

    i) Kaedah Penyelesaian Masalah.
    Kaedah ini sangat sesuai bagi mengembangkan daya kognitif pelajar. Melalui kaedah ini, pelajar dapat mengembangkan idea mereka supaya sesuatu pengalaman baru (tajuk baru) dapat mereka hubungkaitkan dengan pengetahuan sedia ada. kaedah ini sangat sesuai dilaksanakan dalam proses P&P yang berpusat kepada pelajar sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan. Kaedah ini dijalankan dengan beberpa teknik seperti mengenalpasti dan mendefinisi masalah, memilih alternatif penyelesaian dan melaksanakan pelihan penyelesaian masalah. Contoh masalah; bagaimana mengelaskan sekumpulan haiwan menjadi dua kumpulan yang berasingan.

    ii) Kaedah Penyoalan

    Kaedah ini amat popular dijalankan pada akhir sesi pengajaran. Seorang guru yang telah menyampaikan sesi pengajarnnya, boleh mengakhiri pengajaran tersebut dengan Kaedah Penyoalan ini. Kaedah ini dapat memberi kesan kepada pelajar supaya mereka benar-benar dapat menumpuhkan perhatian mereka semasa sesi P&P berlangsung serta melibatkan diri dalam semua aktiviti pembelajaran tersebut.Kaedah ini dapat dijalankan dengan teknik-teknik penyoalan seperti soalah tertumpu ataupun soalan secara taburan. Tujuan dan kebaikan kaedah ini antaranya ialah seperti:#
    -Merangsang murid untuk berbincang
    -Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif
    -Menguji kebolehan murid
    -Menilai kemajuan murid
    -Menentukasn sejauh manakah objektif
    pembelajaran tercapai

    ReplyDelete
  4. teknik dengan kaedah macam sama je?teknik bukan ke berada dlm kaedah?cth, kaedah bercerita,teknik yg digunakan nada yg rendah,tggi,menjerit..kalau salah tlg btul kan ye

    ReplyDelete